Tuesday 14 June 2011

jiwamu

kosong berisi tapi tidak pasti
lalui atau tidak siapakan peduli
jiwa-jiwa mati,hati terkunci
bilakan bercempara nilai kasih
siapa pandang
siapa rindu..
cuba tanya lagi..
senyap..sunyi...
gelap dan sepi..
nah!cahaya kembali,usai taubatmu
Allah..Allah..Allah..
Dia yang akan peduli..
Dia memandangmu..
Dia yang menghidupkan hati..
jiwamu kosong Dia isikan..
jiwamu mati Dia hidupkan
ada kuncinya pada hatimu
cuba tanya lagi siapa pandang
tanya lagi siapa peduli
tanya lagi siapa rindu
ada jawapan Allah..Allah..Allah
nah!itu jawapnya..
kosong berisi tapi tidak pasti
lalui atau tidak siapakan peduli
jiwa-jiwa mati,hati terkunci
bilakan bercempara nilai kasih
siapa pandang
siapa rindu..
cuba tanya lagi..
senyap..sunyi...
gelap dan sepi..
nah!cahaya kembali,usai taubatmu
Allah..Allah..Allah..
Dia yang akan peduli..
Dia memandangmu..
Dia yang menghidupkan hati..
jiwamu kosong Dia isikan..
jiwamu mati Dia hidupkan
ada kuncinya pada hatimu
cuba tanya lagi siapa pandang
tanya lagi siapa peduli
tanya lagi siapa rindu
ada jawapan Allah..Allah..Allah
nah!itu jawapnya..

Wednesday 8 June 2011

kek perisa cintaku

ku ketuk pintu hatimu,
ayuh!buka segera
ada sekotak kek cinta,
aku kirim dengan rindu,
kek perisa cintaku,
bahan-bahan...
tiga butir rindu,
tiga cangkir sayang,
hanya secubit rasa cemburu..
kek perisa cintaku..
lalu ku adun semua,ku putar-putar,
semoga sebati dan mesra,
lalu kubakar dalam mentari cinta,
kek perisa cintaku..
meski apa pun,
jamahlah kek perisa cintaku,
adunan dari resepi cintaku,
abadikanlah segalanya,
didalam hayatmu.......

Tuesday 7 June 2011

solehaku

Tidak sabar rasanya nak pulang ke kampung bertemu opah tersayang,yang lama ku tinggalkan.nak merasa masakan opah..nak memanjat pokok rambutan..nak mandi sungai dibelakang rumah opah..nak dengar celoteh opah yang tidak berhenti-henti..hehe..terpandang-pandang wajah opahku...

Ah..lenguh badan memandu jauh dari KL sampai kekampung dalam 4 jam tanpa henti..mujur dah siap beli ole-ole buat opah diKL..tudung dan sepasang kasut..pasti opah suka ni..wah!banyak perubahan kampung dah..kagum melihat kemajuan kampungku..jalanraya pun sudah selesa..mmm..opah pun dah pandai menguna komputer,siap ada FB lagi tu...ishh..hebat..hebat..

Creettttttttt!!!!!!!Allah hu akbar!!!!!!

cepat-cepat aku memberhentikan kereta..nasib tak terlanggar budak tadi..mmm..budak-budak sekolah agama baru pulang sekolah rupanya..salah akulah kawasan kampung pandu laju..Eh...bagaikan halilintar,aku bagaikan terpaku,seoarang gadis sedang melintasi didepan keretaku..tak terdaya aku mahu meneruskan perjalanan, lengguk jalannya..sempat juga ia merenung padaku,tiba-tiba dadaku berdegup laju..dia segera menjatuhkan pandangannya dibumi semula..gadis berpurdah!Ahh...jiwa ini ingin menjerit..dari sinar matanya..aku dapat agak,wajah pasti anggun...

Ketika menjamu selera aku cuba bertanya perihal gadis berpurdah itu,nampak opah tahu benar tentang gadis itu..hishh..senanglah macam ni..bisikku..."nama budak tu Soleha Tajuddin,anak yatim piatu,ayah dn ibu baru meninggal kemalangan bersamanya,mujur dia selamat..Soleha tu mengajar disekolah agama tu..sekarang dia duduk dengan Pak Long dia..ate,sibuk menanye kamu berkenan ke pun...?"opah seakan dapat membaca hati aku..."hehehe...nampak macam tu le pah..pinangkan dia untuk orang pah...."tanpa segan silu aku pun meluah perasaanku pada opah...

setelah 4 bulan aku di KL,opah memberitahu pinanganku telah diterima oleh keluarga Soleha..macam nak lompat sampai siling rasanya..aku cuba minta nombor talifon namun ada saja alasan dari keluarga Soleha..fahamlah aku mereka keluarga mementingkan agama, perkara yang memungkinkan fitnah harus dielak..Aku meminta opah dan bapa saudara dikampung menguruskan kenduri kawin kami,mengikut kehendak keluarga Soleha tidak mahu ditunangkan tetapi terus dinikahkan.. ibubapa aku pun agak sibuk urusan masing-masing..kami hanya mengirim duit agar segalanya berjalan lancar dan kenduri kawin diadakan dikampung opah..Selama itu aku dipejabat agak membosan kalau dulu aksi Suzana pasti mencuit hati ini..kegenitkannya adakala membuat aku terpesona, Ahh..tetapi itu dulu,sekarang aku mulai bosan melihat gelagatnya.."weii!ko ni dh dekat 10 kali aku lalu lalang depan mate,usahkan nak tegur,tengok pun tak sudi dah..."Suzana menempelak aku..ermmm...aku terus mencebik..malas nak layan..bisik hatiku..

Dan hari yang ditunggu sudah pun tiba,aku dengan segak berpakaian baju melayu warna coklat lembut diapit oleh ibu dan ayah tersenyum-senyum tanpa henti..mendengar ejekan dari saudara mara lagi membuat aku semakin malu dan gembira..ibu dan ayah turut gembira..ye lah perkhawinan anak tunggal mereka katakan..

Dan Soleha diiring oleh mak cik nya..aku tak berkedip melihat wajahnya yang berpurdah itu..begitu indah matanya..aku bagai dibuai mimpi...Dan akhirnya kami pun diijabkabul..Sahlah Soleha menjadi isteriku yang sah..sepantas kilat aku segera memeggang jari-jarinya..Soleha hanya menundukkan wajahnya..Ayunya....

Malam aku menunggu Soleha didalam bilik,tapi lambat sekali Soleha masuk..Dia begitu sibuk membantu mak cik didapur..lebih 2 jam baru Soleha muncul,mungkin mak ciknya yang suruh..Soleha agak malu-malu,aku menarik Soleha agar rapat padaku.."eh..kan dah jadi isteri abang..bukalah niqob tu.."pintaku dengan nada yang manja..Soleha masih menundukkan wajahnya..aku tertanya-tanya dalam hati..mungkin Soleha malu,maklum gadis solehah..perlahan-lahan aku menanggal niqob Soleha..sebaik niqob terbuka aku menyentuh dagu Soleha...SUBHANALLAH!!!!!!!!!!

Wajah Soleha bukan seperti yang kugambarkan,kesan dari kemalangan yang meragut ibubapa memberi kecacatan pada wajahnya

..bibirnya tidak sempurna..hidungnya juga begitu,Soleha mengalirkan airmatanya,aku lantas bangun meninggalkan Soleha,tanpa melunaskan tanggungjawabku sebagai suami..Maafkan aku Soleha..aku merasa tertipu dengan semua ini!!!!!

SOleha diminta berhenti mengajar oleh pak ciknya,lantas Soleha mengikut aku pulang ke KL,Sepanjang perjalanan aku membisu,ingin merenung wajahnya aku tidak selera..Sampai di KL,aku tinggal berasing dengan ibu dan ayah,kerana ini permintaan ibu supaya aku berdikari..Soleha begitu tenang menjalani hidup sebagai surirumah tangga..Soleha memang rajin,rumah kelihatan bersih sekali,perabut disusun rapi..petang-petang ada saja juadah dimasaknya,walau aku sendiri tidak sudi menjamah..

Aku cuba mencari salah Soleha,tetapi setiap kali itulah Soleha semakin memperbaiki dirinya,aku tidak betah dirumah,saban hari 4 pagi baru aku pulang kerumah namun Soleha tetap setia membuka pintu untukku,Apabila aku baring dikatil Soleha cuba mendekatiku,aku lantas bangun,aku tidak berupaya menyentuhnya..selalu kulihat Soleha menyeka airmatanya..tetapi hatiku keras,aku rasa tertipu dengan sandiwara Soleha dan keluarganya..lebih baik aku pilih Suzana gadis dipejabatku,sekurang-kurangnya aku tahu dan nampak wajah dan tubuh Suzana yang mulus dan mengiurkan..tidak cacat,dan diselindungi dengan sehelai niqob..

Tetapi,Soleha begitu menjaga solat..selalu juga aku mendengar Soleha mengaji,walaupun suaranya begitu sengau.."Abang..walaupun saya tidak sempurna dimata abang,saya akan cuba menjadi sempurna untuk abang..saya tahu saya tidak cantik..wajah saya cacat..tetapi saya juga mempunyai perasaan..terimalah saya seadanya bang..kalau abang marahkan saya,jangan sampai abang balik hingga ke pagi..nanti kesihatan abang terganggu...tolonglah bang saya sayangkan abang..."pinta Soleha selepas setahun kami berkawin,baru sekali ini Soleha merintih padaku..Namun aku masih belum boleh menerima Soleha....

Benarlah kata Soleha akhirnya aku diserang penyakit paru-paru berair mungkin aku selalu berembun dengan kawan-kawan sampai ke pagi...Tubuhku terasa lesu,Soleha terus meletak kepalaku diribaannya,Soleha segera berzikir,memuji-muji nama Ilahi..begitulah Soleha begitu kasihkan aku..Dan sehingga aku disah pulih oleh doktor dari penyakit itu,Ini semua berkat doa dan kasih sayang Soleha padaku,Soleha menjaga aku bagaikan anak kecil,memandikan aku,menyuap makanan,menyarung pakaian...aku menitis airmata melihat kesungguhan Soleha menjaga aku,iIbu dan ayah begitu berterima kasih pada Soleha kerana menjaga aku hingga pulih seperti sediakala..

Sampai saat aku merasakan begitu rugi mempersiakan Soleha,rupanya apa yang ada dalam dirinya lebih indah dari wajahnya,Aku menguncup wajah isteriku bertalu-talu,aku lihat Soleha menangis semahu-mahunya"maafkan abang sayang...selama ini abang mementingkan rupa dan paras,rupanya ada yang lebih dari itu dalam dirimu...sayanglah isteri abang yang solehah..."Lantas kami berpelukan dan tidak ingin dipisahkan.....<3 <3 <3